bila kita sebagai manusia penat atau mengeluh menjalani perjalanan sebagai seorang manusia.
"hmm. best nya jadi burung. boleh terbang bebas" sambil tengok burung terbang."
aku selalu sangat dengar ayat ni. tapi dalam satu ketika tu, aku dalam keadaan yang normal terpikir...
"kalau aku jadi burung, aku ada banyak ancaman. kena jaga diri baik-baik daripada kena makan dengan binatang lain. aku kena cari makan sendiri. aku kena cari tempat teduh sendiri. abis la aku merempat bila hujan lebat. aku takda tangan untuk makan. hmm.."
bila kawan aku dengar aku cakap camtu, kawan aku tergamam.
"ko ni pelik la. takde orang pikir pon macam ko. ni first time aku dengar orang pikir macam tu"
hahaha. aku jenis otak tak leh duduk diam. sampaikan ada satu tahap aku terpikir suatu perkara yang lebih daripada seorang islam patut berpikir. nasib baik aku tersedar dan insaf, apa-apa berkaitan rahsia Allah aku memang accept 100% even aku ni otak realistic. sebab? dia Pencipta aku. takde ape nak dipersoalkan. Soalan? Al-Quran ada.
"aku bukan Rasul"
yes. bukan. begitu juga aku. tapi bila kita hidup kerana Allah, hidup ko sepatutnya kucar kacir jadi tenang. tak terasa pon. bila aku diuji, paling teruk aku tenangkan hati aku cakap kat diri sendiri
"takpe. Allah kan ada"
chill je. hahahaha.
so, conclusion dia adalah ko jadi pape pon ada baik buruk nya even nak jadi debu pon. hahaha. cuma kalau niat baik, positive, tak lupa Dia, ko jadi pape pon jalan. hahaha