Tuesday, August 23, 2011

cite fb #3


masa kejadian    : malam semalam
tempat kejadian : rumah sendiri
perasaan            : terkezut, pelik
riaksi                 : mata bulat, tenung, tgk beberapa kali



semalam aku jalan kat FB, lalalala~ alahai bosannyer . . . aku pegi la usha kat news feed. tgk ape ade kat situ. truskan jalan dan jalan. lalalala~  

TIBA-TIBA

"eh, mcm kenal ! apsal ak sesat situ plak nih?"


  

pastu, pegi la usha profile dye



setelah itu, ak dapati  . . .

1- kami bukan FB friend
2- hanya sorg je mutual friend
3- pasti itu FB aku -.-"

apo dah jadi nih? haiya. ak try share, ok, FB ak lagi. 

kesimpulan : ak pikir sape-sape tgk post tu, nanti kua FB dye. 

DONE !

Tuesday, August 16, 2011

7 wanita bertanya dan 1 lelaki beriman menjawab

 
Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita. 

Keluhan remaja perempuan 1 :  “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak”

Keluhan isteri 2 : “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak”

Keluhan remaja perempuan 3 : “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri 4 : “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri 5 : “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri 6 : “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan 7 : “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”


Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. 


Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”   Tunggu ! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan 1 :  “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri 2 : “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan 3 :  “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri 4 : “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri 5 : “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan 6 : “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri 7 : “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!” 


Lelaki beriman bertanya :  “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?” 
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata ; “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”  

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.   Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.   Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.   Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.   Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti

Monday, August 15, 2011

prof vs pelajar

Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof : Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar : Sudah semestinya professor.

Prof : Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar : Ya

Prof : Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar : Ya

Prof : Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof : Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar : Ya.

Prof : Adakah syaitan baik?

Pelajar : Tidak.

Prof : Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar : Tuhan.

Prof : Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar : Ya.

Prof : Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar : Ya.

Prof : Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof : Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar : Ya professor.

Prof : Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof : Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?
Pelajar : Tidak pernah professor.

Prof : Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar : Tidak pernah professor.

Prof : Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar : Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof : Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar : Ya professor.

Prof : Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar : Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof : Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar : Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof : Ya.

Pelajar : Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof : Ya.

Pelajar : Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar : Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar : Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Prof : Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar : Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof : Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar : Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof : Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar : Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof : Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar : Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar : Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar : Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar : Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof : Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar : Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.
 

Sunday, August 14, 2011

lesen part 9

aku masih lagi pegang lesen P. lambat lagi nak tuka nyer. walaupun begitu, aku di test lagi. lagi dasyat dari test jpj -.-"

utk stakat nih saje, ntah utk kali brape aku di test. petang smalam pegi umah pak cu kat senawang.

ari ni plak pagi-pagi pegi beli barang kat econsave. save la sgt. rm300 lebih ilang. haih. ok, fine ! bkn duet aku -.- mcm biasa 'GPS' yg kurang kesabaran. aku kena marah, marah dan marah lagi -.-" nak je aku buang 'GPS' ikut tingkap. haih. lepas beli belah tu, balik lah. masa nak kua dari simpang econsave tu, hampir-hampir naek cawan gergasi yg pusing-pusing dkt funfair tu. kena marah -.-" padahal org tu yg salah ! dye bagi signal nak masuk jalan laen tapi dye gi straight. mmg !@#$%^&* org tuh. sbb ko aku kena marah ! nak je aku kejar org tu -.- pastu sampai umah, kemas-kemas sket.

pastu , terus pergi umah uwan. masa nak masuk simpang rumah uwan tu, 'GPS' lambat bagi isyarat, aku plak bawak agak laju. so, benti mengejut sket. nak je aku mencarrot. dan aku kena marah. dye yg lambat bagitau nak marah aku pulak. ase nak fire jek ! hmm. nak je aku menjawab stiap kali dye marah tapi ape kan daya, kesabaran aku tinggi walaupon dah nak meletup. pangkat ko leh bawa aku ke syurga. sabar je lah yg mampu ~.~

kat umah uwan plak ade family pak itam. dgn tak sengaja aku gi ngadu kat pak itam + mak itam. supaya tak sesak napas tahan marah. haha. dyeorg gelak jek -.-" bla . . . bla . . . bla . . . balik . . .

balik tu yg aku tak sedar ape jadi. masa nak separuh jalan tuh, otak aku mati beberapa saat. aku tak sedar tapi still tgh drive. mujo tak de kenderaan waktu tu. sedar-sedar jek 'GPS' kate "hah ! hah !"

bler aku bawak laju, dye kabo tu ini lah (bebel marah-marah). bila aku bawak plahan plak, wat muka ngantuk. ase nak tampo -.-"


Friday, August 12, 2011

tazkirah #4 gambaran hari kiamat


Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna. 

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. 

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. 

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. 

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. 

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. 

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. 

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. 

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. 

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. 

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. 

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah
1- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah. 

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan. 

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. 

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. 

‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. 

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana. 

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. 

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. 

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. 

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. 

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. 

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. 

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. 

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. 

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat
1- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT). 

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. 

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. 

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. 

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


sumber daripada : Amar Sufi

Thursday, August 11, 2011

lesen part 8

ari ahad ritu aku gi shopping ngan mama. dipaksa ! -.-" dpt bli bju kurung je. tu pon bkn aku nk. haih. lepas done tu, tunggu la ayah. jln sesak nk mampuih. bkn aku yg bwk kete. lantak saje. hihi. pastu ayah benti kt bazar ramadhan. eh, mimpi ape nih? adeh. ak ngan mama pon pegi la. masa masuk balik kete, tetiba ''(namaku), bawak kete". aku ngan relax terus kua kete, duduk kat tmpt driver. okay, cmne nak gerak nih ! aaaaaaaa. ayah kat sebelah. relax relax. pastu, bawak je la smpai umah. nasib baek tak langgar. adeh. tapi aku cool. pelik nyer? haha

semalam, ayah tepon aku mintak tlg bawak kete kat bengkel. maksudnya nak ambik kete lagi satu. yg aku risau aku tak tau jln je. kang tetiba sampai ke mana ntah. adeh. lepas ayah ckp mama ikut, aku trus kate ''okay''. dye risau kot sbb tgk aku bawak kete ari tu. haha. 1st time bawak kete, memey laa. ari nih aku bawak kete full time ! mujo dok langgar je. hampir hampir langgar . . . byk. harharhar. yg plg best skali nak langgar lori sbb lori tu tetiba benti. aku pulak bawak laju. mama dah jerit jerit. aku gelak jek. sronok ! tapi mujo tak langgar. fuh ! lepas gi bengkel tu dan lagi gi giant senawang. aku gak yg bawak. sedap plok bawak kete. tapi ade satu kejadian aneh. ade 3 lorong. aku dari lorong kanan skali nak pegi lorong kiri. jln sesak. aku tak tau camne nak masuk. so, aku lepas nak gi lorong tgh tapi tetiba aku tak sedar aku dah masuk lorong kiri skali. pelik kan? realiti or fantasi? haih

Wednesday, August 10, 2011

tag !

1. Bilakah anda dilahirkan mengikut tahun hijrah...

erk. maap. aku tak tahu. hehe


2. Apakah maksud nama anda?? nama dalam ic ok...

nur : cahaya. lagi satu nama tak de maksud (ustazah pon tanya pe mksd nama aku -.-") tapi klu pecah-pecah ade la maksud. hee


3. Bila anda menangis dengan teruk dan mengapa??

bila and kenapa ek? erk. mcm ne nak jawab ek? aku pon dah lupa. haha. urm. masa aku kecik kot. masa kecik-kecik kan. mmg byk nanges. lagi-lagi aku yg jenis nakal kn. kurang itu, slalu dibuli, dianggap tuttt and byk lagi la kot. lupa -.-" haha


4. Bila anda rasa solat yang paling bermakna??

5ari sekali, wajib plak tuh. mestilah sume bermakna. ork? haha. urm. bile ek? waktu 1 family kena bgun pagi buta mayang sunat, nak mintak dipermudahkan segala urusan


5. Ceramah agama mana yang paling memberi kesan pada anda??

ceramah yg diadakan dgn jayanya ! harharhar. penceramah tu mesti lah lawak, tak membosankan, semangat ! barulah dpt tarik perhatian pendengar. ye tak? aku tau, mmg iyer :)


6. Jika anda di beri satu peluang apa yang anda nak??

apa yg aku nak? dunia ke akhirat? klu dunia mmg la byk sampai tak terkira. tapi tak bermakna satu pluang satu bnde kan? hee. klu akhirat, mmg sume org nak masuk syurga. bila aku msuk syurga nanti, aku nak jumpa nabi and aku nak tau sume perkara yg berlaku kat bumi. mcm menarik jek. (haha. berangan -.-")


7. Jika anda diberi peluang pada siapa anda nak mintak maaf??

hush. bab-bab mintak maap nih, aku mmg nak mintak maap kat sume org, binatang, benda, tumbuh-tumbuhan. pokoknya, sume ! tapi siapa ek? trutamanya, ak nak mintak maap kat mak ayah and adik bradek aku yg dikenali sebagai family sbb dyeorg plg lama dok ngan aku kan. mesti byk wat salah. maap.


8. Apa yang anda nak katakan pada semua orang disekeliing anda??

SAYA MINTAK MAAP dan TERIMA KASIH ! ! !


9. sila letak gamba anda yang paling soleh dan solehah...x kesah la kartun ke ape ke. asal kan itu anda.

cute nye aku ! aww :D


10. Silalah tag kawan baik anda.. x kisah la berapa bnyk ponn...lagi bnyk lagi bagos...

(^.^)

Sunday, August 7, 2011

aiskrim oreo

semalam aku try buat experiment pasal aiskrim. glabah semacam je buat. ok, fine ! aku excited. first time buat mesti la nak kena ade kucar kacir skit. baru la 1st buat nama nya. ye tak? iyer !

mula-mula tuang 1 kotak susu coklat (1st mistake da buat. aku gi letak susu lemak berkrim dan letak dgn glojoh nya -.-") dan masuk kan juga creamer coffeemate (2nd mistake. tak cukup coffeemate @.@) ke dlm blender. blender smpai tepu. jgn bagi caer sgt. no no no~

ok ! ok ! nak tumpah ! nak tumpah ! zengggggg ! zengggg ! zengggg !

after that, masuk kan biskut oreo (ak guna cream O :)) dan blender lagi (3rd mistake. aku kisar oreo sampai anco #.#). then, masuk dlm freezer. kasi beku sket. 2, 3 jam ok la tu kot (aku tnggal smpai pagi esok. penat. hehe)


(-.-)zzzZZZ

(-.-)''

(*o*) warghhhh
(^.-)


ambik aiskrim yg dah sejukkan tu, blender lagi skali. pastu, sejukkan balik. kasi beku. pastu, eat eat lah :)


HASILNYA 

menjadi ! ! ! 

rase aiskrim :)



ops. tercuit sket di situ. hehe. rase susu cream O. sape-sape yg dok satu umah ngan ak kena abes kan. aku peduli ape. ok, fine. aku yg kena abes kan sbb ak dok umah sorang-sorang -.-"

Saturday, August 6, 2011

skolah agama

huh, penat~ seharian berjalan. buat ini itu (sedap molek ayat. nmpk rajin :p) pfft~

tetiba teringat waktu dulu-dulu. ntah kenape -.-??

waktu bertapak di terengganu. ak kecik lagi waktu tu. tak layak skolah lagi. blaja ngaji pon kat pondok dekat-dekat ngan umah je. aku nakal. buas ade gok. nakal la, nakal. hee. tringat lagi aku dok selok nampak katak waktu abes ngaji kat pondok tu. masa tu ustaz ade lagi, kot (ilang ingatan sudah). aku gi panjat 'tembok' pondok tu la. maen ngan spe ntah waktu tu. skali BEDEBUK jatuh ~.~ nanges ke tak ek? lupa -.-" klu nanges tu normal bagi kanak-kanak perempuan yg masih kecil kan? yg best nye ade tanda aku jatuh kat atas rumput tu. haha. cool gile :D

pastu start umo brape ntah, darjah 2 kot (totally lost memory) aku start skolah agama kat jb. nama skolah, erk urm hmm erm . . . tak ingat. hah ! skolah tu kena pakai lencana besi. ingt la gok ork? hee. byk memory situ. sbb duduk lama kan kat situ. ape yg aku ingat, ponteng klas ngan kwn rapat aku smata-mata nak tgk cite rosalinda. bkn ponteng la, dtg lmbt jek. hehe. skali skala ade TERponteng gok tgk cite tu. almaklumlah, ayah aku keje smpai lewat petang. so, mmg aku ngan dyeorg tak kesah mane klu TER pon. hihi (alamak ! kantoi sudah :p). kes laen yg aku ingat. aku kena buli ngan sorg minah yg agak 'berkuasa'. biasa la aku budak nerd. mmg agak teruk dye buli aku sampai kes nih libat pengetua. sbb dye buli? ak pon tak tau. sian aku. klu aku tak 'ilang ingatan' aku cari balik bdk tu. haih. mungkin nasib dye baik aku nerd waktu tu. (tetiba rase tak puas ati -.-") hmm. laen cite plak. sistem skolah agama kat situ, klu lulus baru dye leh naik tak kira bpe umo plajar tu. so, klas aku tu ade yg tua drpd aku. mejo sebaya aku la. ade brape kerat je yg tua staun, yg bertaun2 pon ade. aku? aku naseb je baek. tiap taun pass ! :D biasa la budak-budak lagi. buta lagi. aku tersangkut kat abg kwn aku. satu klas plak tu. pandang jao je. 2taun kot ak tgk dye (mcm lama. ntah2 1taun, tak pon brape bln je. haha). ntah ape ade kat dye. baek aku ske kat 'kwn' dye. lagi ensem, putih, kemas, nmpk bijok. haha. tpi dyeorg nih dok baek ngat. penah gado smpai berdarah. ntah sbb pe. mereka tak ganas mcm aku dgr budak jb skarang nih, anco (malu ak nk ngaku org jb -.-"). bagi aku la. mungkin ade masalah yg mencabar keegoan mereka (positif nye aku?) tak nak la type lebih-lebih pasal ak ngan dye, wat malu je -.-" laen-laen cite. aku de guru klas nama dye ustazah nadia. dye aja smua subjek kcuali bahasa arab. bhasa arab plak ustaz khairul yg aja. aku penah ty dye berdepan 

ustaz, nak tanya sket
iye saya. tanya lah
ustaz ske gosok gigi ek? ustaz baru gosok gigi ek?
hah? nape tanya camtu?
sbb bau ustaz bau ubat gigi. best ! best !
haha

siyes. rase segar mcm baru lps gosok gigi jek. best ! tapi dye hanya mampu gelak -.-" pastu, guru klas aku tu terpaksa pindah sesi pagi. kami sedih. guru klas tuka baru. yg terkejut nye nama guru tu ustazah khairul nadiah. Allahuakbar. still hantui ak sama ada fantasi atau realiti -.-?? haih

Friday, August 5, 2011

Saya Anggun Berbaju Kurung




 assalammualaikum dan slamat berpose :)

for the 1st time join contest . . . dan bersemangat ! 
mmg en anef f marhfiz ni jadi perasmi la kan. hehe

nak join jugak? klik je gamba comel tu :)

hmm. contest nih nampak nye mcm menguji keanggunan ku. aww. malu (o'.'o)


[]
[]
[]
[]
[]




satu-satu nye gamba baju kurung full version ! haha -.-"
hah. nih la baju kurung kaen cotton dan ade bunga bunga
1st time pkai kaen cotton dan ade bunga. slalunya pakai kaen licin, plain, tak pun bantai baju lama akak
almaklumlah, jimat cermat kan amalan mulia. hihi
dapat pakai baju nih pon sbb ade org adiah kan. huhu
best pakai baju nih, sejuk je
lagipon nampak ramai je pakai baju jenis camni kat kuliah
ade gak yg nak dekat sme ngan baju nih -.-"
harap kan tak pakai baju sama hari je >.<


oh oh. thanx to
sbb baek ati sponsor sponsor adiah :)

Thursday, August 4, 2011

takziah


aku dikejutkan ngan berita permergian Allahyarhamah ustazah wan akmal umi kepada kwn aku a'ah. sabar lah dgn dugaan ye a'ah. doa lah byk byk. ko tabah ! hmm. aku kenal ustazah masa aku skolah kat mgs. bliau sorg yg periang, sporting ! byk kenangan dgn dye. smoga rohnya ditempatkan dlm kalangan org org yg diredai Allah. amin~

dah 2 kwn aku kembali ke rahmatullah. hmm. lepas sorang, sorang pergi menghadapNya. takot plak ase. smoga roh roh mereka ditempatkan dlm kalangan yg diredaiNya. amin~

Al-Fatihah

practice bi

 i live in JB, i have 2 good friends its call 'kawan baik'. we are really really good friends. we together where ever we go. i remember the time we skip our PAFA solely because we want watched ROSALINDA. our favourite television story :) what a fun event. oh, i forgot about their names, nadia and erin :) nadia and i still contact until now and she still remember my birthday. thanx nadia ! :D erin and i have complicated issue time we standard 5 but it is not a big deal. nehhh ! we only 11 years old. even i cant forgot it, im not angry with her :) we lost contact with her since she move.

standard 6, i live in pahang. i have a good friend call 'bff'. her name is alyaa. i love her. i always thought that she is my true friend i looking for until someone ruin it ! and we have complicated issues too. my trust to her disappear little bit. disappointed ! since that, i lock my mouth, be alone, not talk much. now, we still contact but not like before.

secondary school, i meet shafiqa. she is my good friends too. she is very caring person. i still have your gift piqa ! haha. really nice person, 'gila-gila', sporting, little bit shy and little bit tomboy. hihi. still contact her but not like before. we look like old friends. im not the type who likes to busybodies even i want to know, bother who study, show want i feel. nehhh ! oh oh, not forget about zahir too :)

start form 4 i learn what is friendship even not finish yet and understood all of it, im still learning :) i meet liza, yana, najwa a.k.a pinkyrabbit, farah, dian, atikah, mai and more. i found many types of habit, people, attitude and more. i feel all sorts of feellings. i learn from it. meaningful experience ! thank you !

now, i found someone that i thougt i can trust, can change my mind and become a good friend but it look likes i wrong. i have to learn not to love and trust someone in ten years ! disappointed . . . again :(


owh owh, i have to insert someone here. she help makes my blog become cool blog. yeah ! and ! and ! she always help me :) psst, now she friendly with cow and  leech :P just joking jannah hee



everybody busy with their study. dont have time to care each other. because of that we are not close anymore and I hate myself who could not speak, my useless attitude like to think negative way. i afraid that i bother you. everyone have their own life ~.~

Tuesday, August 2, 2011

Segment Makanan Kegemaran Waktu Berbuka




puh puh ! nasib baek deadline dye sok. masih sempat :)

makan adalah kegemaran/hobi/part time/sekutu dgn nya. itu kata org. bagi aku, itu benar. harharhar

little upsad sket sbb kena kasi satu makanan. susahnya nak plih ! *peluh peluh* (mknn laen jgn trase k :p)

urm, ak plih ROTI JOHN a.k.a RJ ! hal ini kerna ak mmg suka roti john lah ! hehe.



ak mula kenal RJ nh sejak ak dok kat kuantan bertempatkan rumah sendri tapi tak ingat masa bila pada umur belasan taun (  '.')

1st time makan, ''ape nih ?! sedap nyer !'' ''roti john'' ''nak lagi ! nak lagi !''. tapi malang nya aku dapat nikmat 1/15 je dari roti john tu. sedihnya T.T

2nd time, kwn baek aku blj waktu berbuka, namanya alyaa. sedap ! :)

3rd time, ak bli sendri dekat bazar ramadhan kolej aku ! beli skali 2 bungkus (erk, bungkus ek? hee)

kesimpulan, susah nak cari roti john slaen bulan ramadhan kat tempat aku. so, kena nikmat betul2 :) 


*ok dah, terliur >.< ak dpt rase keimanan tahap maksimum*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...