Monday, September 10, 2012

camping

7/9
kemas barang - bertolak - sampai - wat group sampai 3 kali ulang - diri kan khemah yang tak berape nak khemah sgt - mayang - makan - kumpul - jungle tracking - rendam dalam sungai - keringkan pakaian sedang dipakai dengan angin sepoi sepoi


8/9
mandi - pakaian yang sama dan basah (dilarang tukar) - mayang - makan - jogging - ceramah - rendam sungai - test praktikal - test lisan - mayang - makan - test praktikal - mandi - pakaian yang sama dan basah (dilarang tukar) - mayang - makan - ceramah

9/9
rendam sungai dan dibiarkan tunggu selama 3jam lebih pada pagi ari - mandi - baju bersih suci murni (lega) - mayang - makan - kemas khemah - dipaksa tukar baju sama yang dipakai pada 1st day yang basah tak sempat kering - bertolak - sampai - syukur


Sunday, July 15, 2012

snow cap

ari jumaat klas ari terakhir pada minggu tu. aku? aku tak berapa nak sehat. kepala pening, batuk, selsema, sejuk, kaki menggigil. aku digelar budak hingusan -.-" aku plan nak bawak kete pergi kelas pada ari tersebut sebab tak yah nak patah balik kolej nanti. dengan hujan rintik rintik nya.

jadilah sebuah cerita...


dalam bilik. aku packing barang nak bawak turun masuk kete. 

roommate1 : nak terus balik ker?
aku : a ah. hee
roommate sebelah : naek ape?
roommate2 : dye kan bawak kete
aku : (senyum)
roommate sebelah : pakai kete ape? dengar cite ade kete kena rantai
roommate1 : kenari je la
roommate2 : wane itam
roommate sebelah : rasa nyer kena rantai.
roommate1 : jom tengok ! jom tengok !
roommate2 : jom ! jom !
aku : -.-??


mereka serbu keluar nak tengok. pendekkan cerita memang kena rantai. haih -.-" ape la nasib aku sejak masuk sem baru nih. banyak ngat dosa nih. dok saje tengok cite running man pon salah ker? =.=

aku bertenang. cool katekan. pas aku masuk kan barang dalam kete aku pergi kelas macam biase. kelas yang abby aku diculik orang ~.~ owh ye. aku siap wat notis kepada penculik tersebut dan tampal di notis board. hahaha. memalukan >.< sambung cite balik. ari nih extra sejuk, so aku gi klas ngan pakai snow cap. bayang lah orang pakai tudung ngan snow cap. malu? klu malu tak de pakai nyer walaupun de orang gelak. ade orang tego "wow. london" "nak gi london ker?" "keje bomba?". yang bomba tu aku sensitif sket. haih. baju kadet bomba ade iras baju yang aku pakai waktu tu -.- sian aku.


nih waktu yang paling best aku kena tego

madam : nape awak pakai sekup ni? nak kasi ilmu tak keluar ke? atau nak serap ilmu cepat cepat?


masa madam cakap camtu, ade gok suara sumbang gi mencelah. aku? haih. redo je la.

after class terus gi blik traffic nak mintak discount. sob sob. kena rm100 sape nak baya? nasib la aku jumpa pakcik baik.

dia : ye. nak ape?
aku : assalammualaikum. saman ni hah (lemah. gigil tahan sejuk)
dia : wasalam. (sambil sambut surat saman aku bagi) awak pegi mane dari 9/7?
aku : saya ade jek (bingung)
dia : dah tu pegi klas?
aku : saya jalan kaki jek. kete nih pon saya bawak sebab terpaksa. tak de orang nak jemput minggu nih
dia : langkali letak kat car park {tak ingt nama mnde tempat tu} okay lah. awak leh pergi.
aku : (hah? tak kan camtu jek? aku tak baya satu sen pon. maen maen kot nih) erk. kat mane ek?
dia : aih. tak kan tak tahu kat mane. saya nak wat report suruh director wat balik orientasi
aku : tak nakkkkkkk !
dia : hahaha. car park pon tak tahu. camne tu? kat blakang kolej awak kan ade tempat bas. atas dye
aku : owh. (wat wat tahu jek)
dia : hah. situ la. dah. jangan wat lagi.
aku : (tangan angkat nak berjanji) saya tak nak bawak dah (muka confident)
dia : haha. okay. awak leh pergi.
aku : mekasih. mekasih. mekasih. (ase nak peluk jek pakcik tu)


muka hoorey kua blik tuh. hahaha. rezeki rm100 aku. alhamdulillah.

Saturday, June 9, 2012

ringtone


zaman dulu. boboi boy sgt famous dan aku pulak minat. urm. sebab boboi comel mcm aku. kami ade persamaan. cepat lupa. hee. aku terpikir nak wat ringtone lagu tema boboi boy. stakat nih aku tak dengar lagi orang wat ringtone lagu tema boboi boy. so, aku set jadi ringtone aku. kebetulan lak masa tu aku nak cuti cuti malaysia kat pulau pinang. aku naek komuter pegi KL centre sebab kena gi KL dulu date ngan kawan akak aku. set nak gi sama. nak jadi kan cite, masa dalam komuter tu, akak aku call aku. 'Alien datang menakluki bumi, demi koko yang dicari-cari, merekakan tiba tak lama lagi, apa mungkin terjadi...' fon aku nyanyi. alamak ! sume orang pandang >.< erk. salah ker?? macam biase aku wat tak de pe berlaku.

ari nih aku lepak kat mcd download running man. sebelah meja aku de sorang laki lepak situ. tetiba fon aku bunyi 'iiiii ooooo iiiii oooo ioioioioio' (bunyi ambulance). laki sebelah aku tergamam pandang aku. aku terpandang kejap, pastu senyum. hehehe. nasib la dye da nak blah waktu tu.

sepatutnya aku jumpa pakcik pendek tapi salah bagi info. ngantuk sangat. macam orang gila dah kat mcd tu -.- aku kat mcd tesco tapi dengan yakin cakap mcd jusco. hee. dengan kesempatan nih saya meminta maap sebab salah bagi info. maap kan saya. urm. dye cakap nih kire hutang. kena baya tahun depan.

hmm. aku nak letak ringtone hantu tapi tak berani plak. dok asrama kan. terbantut gini. haih.

sekian

Thursday, May 24, 2012

orang teksi


misi : pergi KLIA.


mula mula check minyak. alamak... tinggal 1/3 jek. hampeh~ isi minyak. isi minyak. misi aku ikut jalan utara tapi disebabkan aku teringat esso blah selatan jek. so, terpaksa la pergi sana. takot pegi utara tak jumpa esso, mati tengah jalan plak. lepas isi minyak, aku trus pergi menuju ke desinasi. lalu depan umah dan berkata ''bai bai" sambil senyum dan melambai lambai. mungkin seronok sangat tinggalkan rumah agaknya. erk?? tapi ! lepas je melepasi jalan rumah aku, baru aku ingat 'peta' aku tertinggal. aih. kena u-turn balik -.-" 

okay. kali nih baru betul betul menjadi. disebabkan aku belum makan pape dari bangun tido, aku decide nak bli kfc yang baru tuh. ape ntah nama dye. okay. leh tahan la. sayo dye segar. tu je aku ske. hahaha.


truskan perjalanan ! ! !


destinasi : KLIA

tunggu nak dekat satu jam jugak lah. dalam masa menunggu tu, aku melalak la dulu. tetiba nampak polis cari mangsa nak penuhkan surat saman. aku? okay. aku pon salah jugak pegi benti celah celah jek tapi polis tak saman pon. sebab muka innocent kan. hahahaha. polis tu pandang aku. "jangan la dye halau. jangan la" sambil wat muka macam nak tak nak je tengok. dye pon blah ngan moto brum brum dye. okay. pass ! mari sambung melalalalalalalaK~! sambil melalak aku nampak trak polis. hah ! hah ! isi trak tu yang penting. aku tengok la sepintas lalu sebab orang tu pandang jugak. jangan la pandang. malu lah ! (style gedik wat malu) hahaha. part laen. owh. mat saleh. berstyle !

ketibaan pon dah sampai. aku nampak dye cari aku macam cari anak kecil yang hilang. aku bunyi hon tapi dye tak sedar. aku keluar kete dan "ayah!". sume orang teksi, orang yang handle teksi ngan ayah aku pandang (sebab aku park area teksi). erk, aku terpanggil kuat sangat ker? -.-?? nak je aku melambai macam baru menang model dunia erk. market kejap =.=" tapi ade sorang orang teksi nih. ensem orangnya. agak muda lah nampak gayanya. sejak incident memanggil tu, dye wat muka 'eh, kau anak aku?'. dye pandang je aku. mungkin dye ingat aku panggil dye -.-?? aku? aku wat muka tak bersalah. hahaha. aku cool jek sebab masa tu ayah aku pandang aku jugak. takkan nak wat muka plak. kang dye salah paham pulak. so, aku masuk kete. orang teksi ensem tu tengok je ak sambil turunkan speck mata itam dye paras idung. aku tahan gelak. aku pandang dye pastu geleng kan kepala sambil senyum. pastu terus tak pandang da. hahaha. memang badut la masa tu.


misi : berjaya


Saturday, May 19, 2012

maksudnya???


aku tak boleh hidup TANPA cahaya
tapi tak bermakna aku akan MATI





aku TAK SUKA air
tapi tanpa air aku akan MATI





tetiba terjalan jalan dalam kepala



Friday, May 11, 2012

fish tank


aku ade 5 akuarium


first tank


second tank



third tank



 fourth tank


fifth tank



~ cool ~





selaen tu aku kasi training kat mereka.
kasi tough sket. muahahaha



nih antara cabaran my lovely buddy kna hadapi. psst. sambil sambil tu cari duet. nak bli makanan, tambah buddy lagi kan. hee



kena elak daripada . . .

payung and bom


bunga gergasi


kaki pancing


beruang kelaparan




sekarang sume buddy aku dah matang. dah jadi ejen jaga rumah plak. rumah fb. haha

kawan ku hafizi


aku teringat seseorang masa aku jerit "gajah ! gajah !".
motif : saja nak nganjeng diri sendiri -.-"


masa darjah 4 atau 5, aku skolah kat skbu2. biase la budak kicik kan. dalam kelas duduk berpartner laki pompuan. aku? partner aku nama dye hafizi. kicik jek orang nya. dye pakai songkok. dye nampak pendiam tapi dye pandai gak bawak mulut dye. hahaha. rumah aku ngan dye dekat jek. masa nak pegi skolah agama mesti nampak dye maen bola ngan kawan-kawan dye. dye pon skolah agama macam aku jugak tapi pegi lambat kot.


urm. paling aku ingat pasal dye. skolah kebangsaan. masa tu klas sunyi jek dengar cikgu aja. sume orang boring. aku dalam klas...urm...okay. tak ingat. aku maen la ngan partner aku tu nak kasi ceria sket. dye punya nak tunjuk nakal dye... setiap kali cikgu tu jalan dye akan wat bunyi "dum! dam ! dum ! dam !". macam gajah jalan. kitaorang pon terbahak la. hahaha.


tapi sekarang dye da takde dah. aku dikejutkan dengan berita dye hidap penyakit barah otak. klu tak silap aku. sehari lepas dye meninggal baru aku tau. sedih gak la walaupon aku kenal for one year je dan masa tu aku kanak kanak ribena lagi kan.


semoga dye berada dalam golongan yang diredai oleh Nya... Al-Fatihah...




Thursday, May 10, 2012

hang ngaum

semalam aku hang ngaum out dengan kawan lesen aku kat seremban parade. psst. baru semalam aku tau mall depan ktm tu nama dye seremban parade. hihihi.

sampai je, aku lepak kat mcd sambil tunggu ketibaan kawan aku tu. tgk gelagat orang. sume nampak sombong. aku pon pandang je abby aku tuh. abby plak wat hal. time time gitu plak dye nak meragam. haih. bosannya. nasib kena tunggu orang.

ble dye sampai, plan nak gi maen bowling. gulp ! bowling ! ~.~ pegi la cari la bowling. cp lagi nak sesat -.-" (sesat dlm bangunan? erk?) okay. dari lua jek tengok penuh ngan orang.


aku : (alhamdulillah) nak maen ker? ramai ngat orang nih.
kawan : tak nak lah. ramai orang kot. ko nak maen ker?
aku : ape kate buat benda penting dulu. cari barang ko tuh
kawan : okay


muka berseri kua dari pusat bowling. hahaha. psst. aku de sejarah maen bowling. wuuuu~ aku nak baling bola, aku yang jadi bola. wuuu~ okay. dah. shhh. tak yah cite lebih lebih. (zzzzzzip !) hmm. pastu jalan la satu bangunan cari barang dye. aku sekadar tengok je lah. aku de jumpa kemeja panjang tapi aku tak berani nak pakai sebab takot nampak lagi pendek sebab aku . . . pendek ideal -.- (orang tinggi ske cakap aku pendek -.-" podacit !)

pastu pegi terminal 2. disebabkan dye tak pernah pegi terminal 2, so, aku bawak dye gi situ. ok. fine. dye ajak pegi terminal 1 tapi aku tak berani. orang kate terminal 1 ramai orang jahat. sebab tu aku tak pegi -.-" misi utama nak tengok wayang. ingat nak tengok dark shadows tapi de malam jek. so, de pilihan chowkit jek. tengok la. kena tunggu lagi sejam. jalan jalan situ.

2.20 masuk hall. tengok lah cite tuh. tak best pon. tengah tengah cite tuh, leh plak bisu movie tuh. aku dah la tak tahan pegi tandas nih. haih.


kawan : bosannya tak de sound
aku : saya nak sound ! saya nak sound ! (separa jerit)


aku toleh tepi ade orang wayang diri sebelah aku. dye leh diri situ join tengok skali.


aku : erk. nih cite memang bisu ek? (sambil pandang dye dalam gelap)
dye : woi ! woi ! sound tak de ! (jerit lua hall)
aku : -.-"


lepas abes jek aku trus bangun. psst. tak tahan gi tandas. disebabkan aku sorang jek bangun, kawan aku tu macam malu jek nak bangun. aku siap exercise situ tunggu dye bangun -.-" pas je dye bangun, aku trus lari kua. orang wayang tersenyum kat pintu exit.


aku : (lari lari)
dye : owh. sebelah sana tandas (senyum sambil tunjuk guna tangan)
aku : (mampu tersenyum)


lari ! lari ! sume tengok aku dengan muka tertanya tanya. ah lantak kan jek. sampai depan pintu tandas. alah. kena baya plak. ah. tak de masa aku nak kua kan duit. rumah lagi best. lari ! lari ! masa nak kua tuh kena jumpa balik orang wayang yang duduk kat depan pintu exit...


aku : tak cam kan? tak cam kan? hee (sambil lari)
dye : (senyum)


okay. aku tak nak pegi situ selama sebulan -.-" pastu balik lah. nasib baek tergerak ati nak pakai seat belt. masa slekoh tuh ade road block. aduh... aku slow kan kete. ade polis bisik bisik sambil wat muka tak puas ati tapi nasib baek aku lepas. lepas je aku kasi peace. hahaha. pastu pecut. pastu, lepas anta kawan aku sampai umah. masalah nak kua dari tempat tu plak. aku nih malas nak ingat jalan. sesat -.-" masa nih la nak sesat jalan. aku perlukan tandas T.T sampai je umah. kena sambut ngan kazen aku. pulak dah. aku layan la kejap. pastu trus naek blik. (^.^)


the end


Saturday, May 5, 2012

kembara

ari khamis aku drive pegi shah alam. tak masuk highway lagi dah jadi bler -.-" aku silap masuk tol. patut nya aku masuk tol senawang bukan tol kat seremban 2. maksud aku nak masuk tol seremban 2 tu, tetiba aku teringat nih bukan tol aku masuk sebelum nih. pastu aku nawaitu nak reverse balik tapi tak dapat sebab ade kete potong stim dan muncul perbualan aku ngan orang jaga tol...


dye : (senyum)
aku : (senyum sambil hulur tangan)
dye : nape reverse tadi? hee
aku : hah? ape? (sambil jalan depan)
dye : awak ! jap jap ! ambik ticket nih.
aku : hah, tau pon ! hahaha.


lepas brape minit tu baru sampai mesej dye nak kasi. aku ingat dye suh jalan rupa rupa dye tanya soalan. hahaha. terbahak aku kejap. okay. kite tak jumpa da kan? tak yah malu. hahahaha.

kejap je da sampai shah alam. owh. memang dah sampai tapi aku tak sedar -.-" aku memang lemah geografi =.= aku terlepas sampai bukit ape benda ntah namanya. nasib akak kol suh patah balik. hahahaha. aku pon cari u-turn. akhirnya smpai jugak. jalan kat shah alam tu da la belit belit, dalam uitm pon nak ikut belit belit. terbelit belit aku. haih.

conclusion, sampai jugak. sampai sampai jek trus makan kat johnny's. bising yang ampon kawan dye nih. tapi okay la. tak de la bosan sangat. aku memang malas nak layan klu situasi macam nih tapi ske mendengar dan memerhati je.

pas makan, solat. pastu rush pegi court badminton. setelah sekian lama aku tak maen badminton. risau gak lak. mana tau tetiba aku jadi bler tahap gaban kan. pegang reket badminton tak reti. itu 'kalau' okay. tapi 1st dapat pukul tu pon rasa dah gumbira sangat. hahahaha. pastu maen lah. hilang bengkak kat tangan tapi jari pulak mengelupas. agak pedih. tapi tak pe. seronok. haha.

lepas maen, solat. lepas solat, teman akak aku naek blik dye. naek blik dye aku risau sket. dye cakap dye satu blik ngan kawan lama aku masa sekolah rendah. dye cakap beriya la orang tu ingat kat aku. erk. maap sangat sangat. keadaan tak mengizinkan tapi aku cam muka dye :( masa sampai blik tu, aku ingat dye tak de. skali tu dye ade. aku pon wat muka konfiden jek.


dye : eh, (nama penuh ku) ! kenal tak sape nih?
aku : f*t*m** z**ra kan? (muka 'i know u ! i know u !' confident kan. haha)
dye : eh, masuk lah ! panas kat lua nih
aku : (masuk dengan muka tersengih, serba salah)
dye : dah lama kita tak jumpa kan?
aku : a'ah kan (senyum)
dye : lepas darjah 2 jek nampak awak. lepas tu tak nampak dah. awak pindah ek?
aku : (erk. alamak. jangan kantoi sekarang !) tak de lah. dok situ sampai darjah 5. darjah 6 tu baru kat pahang. hee
dye : owh ye ker. pi sekarang kat seremban je la kan?

bla ... bla ... bla ... bla ... (nak pendek kan cite)


lepas tu, pegi banting. rumah cikgu. aku tak tau plak dye da abes study -.-" kena duduk asrama lagi. kalau aku tau aku tak pegi T.T owh. btw dye cikgu. so, kena tinggal asrama. pengalaman kat kajang tu bukan nya ape kan tapi... lupakan. erk. tak leh lupakan. wuuuu~ dan dan sampai gi cite al-kisah asrama kat situ. itu sangat 'seronok'. mula mula memang tak kisah dengar cite gitu tapi bler waktu malam tu jadi isu.

ade cite... masa tu ade budak laki dye baru nak feel tido tetiba dye nampak aku benda merangkak a.k.a ju'on. tu cite malam. biase la tu kan? erk. pastu de satu cite yang aku was was. ade sorang mak cik nih. dye cleaner kat sekolah tu. waktu tu nak dekat tengah ari. dye clean la toilet tu. tetiba ade orang tepuk blakang dye. bler dye pusing tak de orang. dua tiga kali la jugak. tapi yang ke last tu, bler dye toleh (JENG ! JENG ! JENG !) dye nampak diri dye kat hujung belah sana. duplicate/klon la kre nya. lintang pukang mak cik tu. siap nak tuka skolah lagi tuh. siang ari tu. bukan malam. nampak ngat bahaya skolah tuh. urm. masa kitaorang mula mula sampai, akak aku dah nampak. nasib aku tak pakai spek. hahaha. lalalalala~

part malam. sampai rumah cikgu masa magrib la. pastu terus siap nak pegi makan. malam tu memang makan abes la. tambah ngan ais krim plak. balik umah baru rase senak prut. hah ! hah ! ade part cuak tambah kelakar. sebenarnya ayah tak tahu aku gi shah alam tau. klu tau mati lah. shhh. malam tu ayah kol sume orang. aku? tak bawak fon. hahahaha


ayah kol akak aku

ayah : balik bler?
dye : esok. (aku) ambik
ayah : hah?! ambik kat shah alam?!
dye : eh, tak de lah. kat ktm jek

tahan gelak aku kat situ. nih part aku plak. aku tengok fon aku. miscall dari ayah. nak je wat wat rosak fon tu -.-"

ayah kol aku

ayah : nape ustazah tak datang ari nih?
aku : ntah. mama cakap ustazah tak datang jek.
ayah : pegi tanya mama
aku : (cuak) mama tido
ayah : ape pulak tido ! pegi tanya !
aku : (mati akal - trus 'end call') eh. terletak plak. 


flight mode trus. aku tak sanggup nak truskan dah. akak aku trus tepon mama tanya jawapan tadi. memang huru hara la malam tu. serabot, takot, cuak, blake negatif la ade. aku da tekad, andaikata aku terkantoi, aku ku curah segala isi hati ku. tenotttt ! pas dah dapat jawapan tu, nak tak nak je nak bagitau. urm. anta la jugak. sampai ke sudah dye tak replay, dye tak call. memang pikir negatif je lah. 'dye da tau ke? kantoi da ker? oh no ! no ! no !'. aku maen pejam pejam mata. kol 2 trus tak pejam pejam. alamak. sume dah fantasi. aku nak jugak !!

nih la saat mendebarkan. aku pantang kol 3. aku paling tak ske kol 3 pagi. waktu tu la menda tu ske beraksi. sepanjang malam tak lena. aku nyanyi la lagu al-ikhlas ulang ulang dalam ati. agak menenangkan. malam tu, macam macam bunyi aku dengar. budak menjerit. orang bukak pintu. suara mengiau tak menjadi. akak aku cakap sambil pejam mata. hihihi. malam tu aku macam rase ade orang diri sebelah aku tapi nasib baek aku ngadap blah laen. tapi pikir positif dan truskan nyanyi.

esoknya. pagi tu, angah cakap kat cikgu yang aku tak tido sebab aku bagitau dye. cikgu cakap semalam memang ade benda try nak masuk blik. ah. sudah. aku dengar je tu aku dah naek bler. jadi, semalam tu real ker? okay. da lepas. lupa kan ! lupa kan ! lalalalala~

sampai seremban tengok wayang. okay. battleship lagi best dari avengers. hohoho. masa tu memang ramai kantoi la. laki tak pegi jumaat. slambe je muka. urm. kitaorang seat paling blakang. depan tu laki.


situasi dalam hall. masa tu tgh ari...


akak : nih muka ponteng jumaat. caye tak dyeorang datang jumaat jek? (bisik)
aku : ish ish ish. pe nak jadi nih.


laki separuh tua masuk


aku : (muka terkejut sambil geleng geleng) rase nak keje jabatan agama la. senang tangkap. tangkap ! tangkap !
akak : hah. bagus jugak tu. 
aku : ape la nak jadi nih. malu la ai.
akak : dah la cite nih 2 jam
aku : alah. ponteng jumaat kan. orang laen balik "i'm home !", dye pon nak jugak "i'm home". hahaha.


bantai situ jugak. nampak gaya macam pompuan plak gi 'mayang jumaat'. laki camni tak yah letak dalam list tapi 'REJECTED' trus. hahaha


Thursday, May 3, 2012

sloth






Three-Toed Sloth adalah anggota dari genus Bradypus dan keluarga Bradypodidae. 

Terkenal lambat bergerak, binatang yang malas. 

Yang berjalan pada kelajuan tertinggi 0,15 mph. 

Three-Toed Sloth sama ukuran dengan anjing kecil, dengan kepala dan badan mempunyai gabungan tinggi kira-kira  60 cm, dan binatang itu beratnya 3,5-4,5 kg.





menarik tengok dya bergerak. macam aksi slow motion. hahaha.

ngeng ! ngeng !



AKU






NAK









MEREMPIT !!!!








hahahaha. aku ske drift merempit guna kete. moto terlalu extreme. so safety first (alasan :P). hahaha. klu nak suh aku bawak kete pon, tak de hal tapi dengan syarat auto. hahaha. k tata.







NGENG ! NGENG ! 
(jangan salah faham. tu sound kete berdehem)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...