kisahnya begini . . .
sejak kecik lagi aku dimurahkan rezeki melihat ikan keli (tleng leng leng leng leng - lagu sayup sayup dimainkan). sejak kecil juga aku melihat nenek ku menyembelih menikam-nikam membunuh menyiang ikan keli dengan pandangan yang agak terpegun. bukan terpengun kerna nenek ku menyembelih menikam-nikam membunuh menyiang ikan tersebut tapi terpegun kerna ikan keli nenek ku itu sungguh gagah perkasa. [aih. tak mati kau ikan walaupon sudah di tetak tetak].
wah ! aku terpegun dengan kegagahan ikan keli tersebut !
oleh kerana kegagahan mu itu wahai ikan keli, aku tak berani makan kau walaupon sudah digoreng goreng. sebab ketraumaan ku melanda bila nampak kau. membayangkan kau berenang renang di dalam mangkuk hidangan tersebut.
begitu sekali penangan yang kau berikan pada ku.
kini. nenek sudah tiada. upacara utk ikan keli pun sudah lama tidak dijalankan.
pada suatu hari (jeng jeng jeng!)
aku melihat ikan keli di hadapan mata ku. aku mengagahi untuk mendekati kau. hmm. nmpk nya kau sudah digoreng dan aku masih waras. aku bukan aku yang dulu! aku kini seorang yang berani! aku cuba memberanikan diri untuk makan kau (muahahahaha -gelak jahat sket. ok dah). ''hmm. sedap jugak kau nih walaupon goreng bodo bodo gitu jek'' lantas hati ku berkata. sejak itu juga lah aku . . .
DAH GILA KAN KAU ! ! ! AAAAAAA ! ! !
bukan stakat sekor skali makan tapi berekor ekor -.-"
begitu skali penangan kau wahai ikan keli.
END